03/12/2021
RESEPI LAUK SIMPLE: AYAM GORENG KUNYIT🔥
Wujudnya konflik apabila kita mahu menikmati lauk yang sedap, tetapi mudah dan cepat untuk dimasak. Boleh ke?
Semestinya ya! Tidak mustahil untuk anda memasak lauk yang ringkas dan mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1 sudu besar tepung serbaguna Bestari (boleh tambah sesudu lagi jika mahu lebih garing)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 biji bawang merah – di hiris tebal
1 inci halia (dihiris halus)
Lada merah (dihiris halus)
Lobak merah (dihiris halus)
Bunga kobis
Kacang panjang
Cara-cara:
-Gaul rata ayam yang dipotong kecil bersama tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari.
-Panaskan minyak dan goreng ayam. Jika ayam melekat, biarkan seketika.
-Tunggu ayam sedikit garing, kemudian lerai-leraikan isi ayam yang melekat tadi.
-Goreng sehingga ayam garing. Kemudian, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
-Masukkan bahan lain dan goreng sehingga semuanya masak.
-Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidangkan.
Hidang dengan sambal. Lagi terangkat 🤤🤤 PEMILIHAN SAMBAL YANG SEDAP, SANGAT MAIN PERANAN.
Nak Cuba makan dengan sambal belado fasya tak? IN SHAA ALLAH KENA DENGAN SELERA 🔥
Boleh pm FASYA
https://wa.me/60175407809/