31/05/2026
JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN FITNAH DAN MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT
Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai tuduhan dan spekulasi yang disebarkan mengenai Misi Delivery, termasuk dakwaan bahawa caj penyelenggaraan (maintenance fee) 8% adalah keuntungan yang diambil oleh founder atau syarikat.
Dakwaan tersebut adalah tidak tepat.
Untuk pengetahuan semua, caj 8% tersebut digunakan bagi memastikan ekosistem Misi Delivery dapat terus beroperasi dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Antara agihan caj tersebut adalah:
✅ Admin Misi – 1%
✅ Rider Official – 1%
✅ Vendor yang menyertai Program Misi – 1%
✅ User yang menyertai Program Misi – 1%
✅ Gaji kakitangan HQ
✅ Kos server, pembangunan sistem, penyelenggaraan aplikasi serta kos operasi dan overhead yang lain2.
Kalau dikira tolak tambah mcm tak cukup sebab tu semasa check out order misi letakkan option untuk customer memilih sekiranya dengan rela hati untuk membayar lebih dari 8%.
Apa yang membezakan Misi Delivery daripada platform lain?
✔️ Harga dalam aplikasi adalah harga asal kedai (tiada mark-up harga)
✔️ Vendor menerima 100% hasil jualan mereka
✔️ Rider menerima 100% upah penghantaran mereka
✔️ Tiada komisen dikenakan kepada vendor
Misi Delivery bukanlah sebuah platform yang dibangunkan semata-mata untuk mengaut keuntungan, tetapi diwujudkan bagi membantu vendor, rider dan pengguna menikmati sistem yang lebih adil dan telus.
Pada masa yang sama, kami juga mengakui bahawa aplikasi yang masih dalam proses penambahbaikan mungkin mempunyai beberapa kelemahan, bug atau isu teknikal yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Oleh itu, kami memohon kerjasama semua pengguna. Jika terdapat sebarang masalah, kekeliruan atau cadangan penambahbaikan, sila hubungi pihak Misi Delivery terlebih dahulu melalui saluran rasmi yang disediakan.
Jangan terus membuat andaian atau menyebarkan perkara di media sosial tanpa mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab.
Pasukan Misi Delivery sentiasa berusaha membaiki setiap kelompongan dan bug yang dikenal pasti, khususnya pada versi aplikasi yang terbaru.
Maklum balas daripada pengguna amat penting untuk membantu kami menambah baik sistem demi manfaat semua.
Setiap masalah boleh diselesaikan dengan komunikasi yang baik dan fakta yang tepat.
Bantu kami membina, bukan menjatuhkan. Tegur jika ada kekurangan, laporkan jika ada masalah, dan beri ruang kepada pasukan Misi untuk memperbaikinya.
Terima kasih kepada semua vendor, rider dan pengguna yang terus menyokong perjuangan Misi Delivery.
Semak fakta sebelum percaya. Dapatkan penjelasan sebelum membuat kesimpulan.
Send a message to learn more